Mat Sabu ‘Tersungkur’ Ditangan Tuan Ibrahim

KUALA SELANGOR, 5 Jun – Kebangkitan sokongan terhadap kumpulan pro ulama dalam PAS dilihat semakin ketara apabila Mohamad Sabu ‘tersungkur’ dengan perbezaan undi yang besar dalam usaha beliau bagi mempertahankan jawatan Timbalan Presiden parti itu.

image

Mohamad Sabu yang lebih terkenal dengan panggilan ‘Mat Sabu’ hanya memperolehi 279 undi berbanding pencabarnya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendapat 881 undi daripada perwakilan yang hadir dari seluruh negara pada hari berkenaan.

Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut berada dalam senarai ‘cai’ Dewan Ulama PAS Pusat bagi jawatan Timbalan Presiden PAS pula menang dengan bergaya dan memperolehi majoriti 602 undi.

Ini adalah cubaan kali kedua Tuan Ibrahim bertanding bagi merebut jawatan sebagai Timbalan Presiden Pas selepas tewas dalam cubaan pertama beliau pada tahun 2011.

Ketika itu Tuan Ibrahim gagal merebut kerusi timbalan dalam pertandingan tiga penjuru menentang Mat Sabu, selain penyandang ketika itu Nasharudin Mat Isa.