Presiden Persatuan Ummah Malaysia (PasMa) Umum Tubuh Parti Baru

SHAH ALAM, 13 Jun – Presiden Persatuan Ummah Malaysia (PasMa), Datuk Pahrolrazi Mohd Zawawi mengumumkan penubuhan sebuah parti politik baharu yang mesra pembangkang.
imageMenurut wakil rakyat PAS itu, parti baharu berkenaan bakal mengamalkan konsep terbuka yang akan menerima penyertaan daripada pelbagaimkaum.

Tambah Phahrolrazi, perkembangan politik semasa memerlukan sebuah pakatan pembangkang yang baharu antara DAP, PKR serta parti baharu tanpa PAS.

“Dengan senario politik, PasMa mengambil satu ketetapan bahawa sebuah sebuah parti politik baharu perlu ditubuhkan dan peranan PasMa adalah kesinambungan PAS dalam komponen Pakatan Rakyat,” katanya pada sidang media selepas Wacana PasMa Nasional ke arah mengukuhkan Pakatan Rakyat.

Tambah beliau, jawatankuasa penaja parti baharu itu dijangka akan dibentuk selepas sambutan Aidilfitri Julai depan.

Advertisements