Kanak-kanak Lelaki Tumpang Lampu McDonald Untuk Belajar

TINDAKAN seorang kanak-kanak lelaki menumpang lampu di sebuah restoran makanan segera McDonald untuk belajar pada waktu malam menjadi viral di seluruh dunia.

image

Dalam gambar yang menjadi viral itu, kanak-kanak berusia 9 tahun tersebut kelihatan belajar di sebuah meja kecil dengan beberapa buku pada waktu malam.

Difahamkan, kanak-kanak berkenaan terpaksa menumpang cahaya restoran makanan segera selepas rumahnya musnah dalam kebakaran.

Gambar itu telah dirakam di restoran McDonald di Manila, Filipina oleh Joyce Torrefranca.

Difahamkan, kana-kanak itu, Daniel Cabrera tidak sedar ketika gambarnya dirakam.

Joyce berkata,” pada saya yang juga seorang pelajar, dia telah membuatkan saya begitu tersentuh.

“Walaupun serba kekurangan tetapi kanak-kanak ini begitu rajin belajar.”

Daniel yang kemudiannya diburu  media negara berkenaan mendedahkan, dia akan berusaha belajar untuk mengubah nasib keluarganya.

Advertisements