PAC Akan Panggil Jho Low Berkaitan Siasatan 1MDB

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Ahli perniagaan Low Taek Jho yang juga dikenali sebagai Jho Low akan dipanggil untuk menghadap Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkaitan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

image

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata Jho Low adalah penasihat khas kepada Lembaga Pelaburan Terengganu, pemilik terdahulu 1MDB, yang ditubuhkan pada tahun 2009.

“Dia mempunyai kapasiti rasmi dan kami mempunyai soalan-soalan tertentu,” kata Ahli Parlimen Pulai itu pada sidang akhbar di sini, Jumaat.