SKMM Sekat Laman Web Sarawak Report

PETALING JAYA, 19 Julai – Laman web Sarawak Report telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana ia boleh menjejaskan kestabilan negara.

image

Di laman Facebook SKMM berkata,  laman web itu disekat selepas menerima banyak aduan daripada orang ramai bahawa ia telah memuat naik maklumat tidak berasas.

“Laman web ini telah disekat di bawah Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ,” jelas SKMM.

Katanya juga, akses akan disekat sehingga siasatan Pasukan Petugas Khas terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) selesai.

SKMM juga turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati apabila berkongsi maklumat melalui media sosial, yang boleh menyebabkan kekacauan dan menjejaskan kestabilan negara sekiranya maklumat itu tidak benar.

Laman web Sarawak Report telah menjadi sumber utama dakwaan salah laku mengenai 1MDB , dan telah menerbitkan beberapa cerita mengenai pelaburan kerajaan.

Advertisements