Khasiat Petai

Negara kita kaya dengan pelbagai jenis pokok buah yang tumbuh secara semulajadi. Sebahagian pokok itu ada yang telah dikomersilkan ditanam secara ladang seperti kelapa, duku, rambutan, mempelam dan sebagainya.

imageNamun, terdapat juga pokok buah yang berasal di negara kita kini semakin berkurangan. Pokok buah yang dulu menjadi pilihan dan kegemaran ramai, kini semakin pupus dan tidak dikenali. Malah, anak muda tidak lagi gemar untuk memakan buah yang pernah menjadi pilihan dan kegemaran datuk nenek dulu.

Pokok buah yang dulu banyak terdapat di kampung kini semakin pupus. Atas dasar itu, pokok buah itu kini dikenali sebagai pokok buah nadir. Perkataan nadir  membawa maksud sedikit atau jarang.

Buah nadir dikategorikan sebagai buah-buahan yang jarang-jarang ditanam secara komersil dan semakin sukar untuk ditemui, kebanyaknnya ditanam bercampur-campur dengan buah-buahan lain di dusun dan ada yang dijadikan sebagai pokok teduhan di halaman rumah. Selain itu pokok nadir juga terdapat di hutan-hutan dan ada yang tumbuh secara liar di kawasan tanah berhampiran kita.

Antara buah yang dulu terkenal tetapi kini dikategorikan buah nadir ialah buah petai.

Petai atau nama sainstifiknya parkia speciosa memang sudah terkenal di kalangan rakyat Malaysia.

Pokok petai merupakan sejenis tumbuhan dalam famili fabaceae yang berasal dari kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap. Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan-hutan Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand.

Petai juga di sesetengah tempat di panggil kacang pahit atau pete di Indonesia. Buah petai mempunyai salut berbentuk papan yang panjang, dengan isi kacangnya yang berwarna hijau terang serta saiz dan bentuk seperti kacang almond.

Namun, rasanya agak pahit jika dimakan mentah.  Namun, pengemarnya tahu bagaimana hendak jadikan petai jadi sedap dimakan secara mentah, dibakar, rebus atau celur atau dijadikan jeruk. Buah petai sering dimakan sebagai ulam.

Biasanya, petai dicicah dengan sambal untuk dimakan bersama nasi. Biji-biji petai yang dikupas, boleh menjadi sebahagian penambah perisa sambal tumis udang, sambal ikan bilis dan kerang atau mengikut kreativiti pengemarnya. Petai juga dicampur dengan sayur untuk digoreng, masak lemak dan sebagainya.

Petai sama ada ia dimakan mentah, segar sebagai ulam atau dibuat masakan seperti sambal dan sayuran, ia tetap akan menaikkan selera kepada peminat petai.

Petai elok dimakan bersama kulitnya untuk mendapat khasiat yang turut terdapat di dalam kulitnya.

Untuk membolehkan petai disimpan lama, maka ia dijeruk atau direndang dalam air garam. Jeruk petai memberi peluang penggemarnya dapat menikmati sepanjang tahun. Sebelum dijeruk, petai direbus separuh masak untuk memudahkan membuangkan kulitnya.

Soal rasa tidak timbul masalah sangat bagi penggemarnya biarpun sedikit pahit. Malah itulah satu keistimewaan dan kelebihannya. Masalah besar ialah kesan akibat makan petai.

Orang makan petai akan berdepan masalah bau air kencing dan najis yang amat busuk yang luar biasa.  Tidak kena gaya, satu rumah mendapat bau tidak menyenangkan.

Bau busuk yang agak kuat yang keluar dari petai adalah bau gas metana semulajadi yang tersimpan dalam isi kekacangnya.

Kalau kita makan petai walaupun baunya yang agak kurang menyenangkan, tetapi ia mampu memberikan manfaat kesihatan kepada kita.

Pokok Petai merupakan pokok saka yang besar dan rendang, dan boleh tumbuh setinggi 30 meter.

Aktiviti menanam petai masih kurang dipromosikan walau pun kini terdapat petani yang telah menanam secara monokrop atau bercampur di kebun mereka.

Kepupusan pokok petai antara lain berpunca sikap tidak bertanggungjawab pemetik buah petai yang menebang pokok untuk memudahkan memetik buahnya.

Buah petai yang berbuah di hujung ranting memang sukar untuk dipetik atau diambil buahnya. Jadi, mereka yang rakus dan mengguna jalan mudah dengan menebang pokok itu tanpa memikirkan kerugian akibat tidak dapat lagi memunggut petai pada masa depan.

Buah petai terdapat dalam deretan panjang dan nipis yang dikenali sebagai “papan”. Setiap papan buah mempunyai antara 12 hingga 15 biji benih tersusun memanjang sepanjang buah. Buah ini, yang panjangnya sehingga 50 sentimeter apabila cukup tua, mempunyai kulit yang tebal tetapi lembut, benih dan licin berwarna kemerah-merahan.

Pokok petai mula berbunga ketika berusia lima tahun. Pedebungan pokok ini adalah melalui spisies kelawar. Pokok petai biasanya ditanam menggunakan biji benih.

Di Malaysia dahulu hanya orang Melayu yang memakan petai, sesuai ia ulam tradisi masyarakat Melayu di kampung. Tetapi kini pelbagai bangsa turut menikmati kelazatan dan keistimewaan khasiat petai. Kaum Cina, India dan pelancong asing turut menggemari petai.

Biarpun, rakyat Malaysia penggemar petai, tetapi Indonesia dilaporkan pemakan petai terbanyak di dunia. Di negara tersebut, penanaman petai dilakukan secara dusun atau lebih meluas.

Di Indonesia pengeluaran petai secara skala besar dilakukan untuk tujuan eksport dalam bentuk biji ke negara di mana banyak warganegara Indoseia bekerja, terutama di negara-negara Timur Tengah.

Keistimewaan petai ialah ia mengandungi tiga gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa. Di gabungkan dengan serat, petai memberikan, meningkatkan kadar segera dan berterusan tenaga.

Mungkin banyak yang tidak percaya, jika dibandingkan dengan apel, petai menyediakan protein 4 kali lebih banyak, karbohidrat dua kali lebih banyak, tiga kali ganda fosfor, lima kali lebih Vitamin A dan zat besi, dan dua kali ganda jumlah vitamin dan mineral lainnya.

Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protin dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8%, 11% karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1 dan C.

Kajian yang dibuat di makmal secara saintifik mendapati, petai mengandungi 0.8183 % lemak, 5.2% protin, 2.06% karbohiderat, 36,647 kalori, 4.18335 vitamin C, 25.38%  air, 0.95% abu, 22.30 serat kasar, 0.916 gula, 1.35 ppm kalsium, 842.45 ppm kalium, 7.8 ppm magnesium dan lain-lain jenis asid lagi.

Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang.

Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang serta untuk mengeluarkan cacing.

Kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh.

Namun begitu memakan petai pada kuantiti yang banyak juga tidak baik kerana mempunyai kadar asid amino yang tinggi yang dapat mengakibatkan komplikasi pada ginjal

Di antara kebaikan atau rawatan hasil memakan petai ialah:

KEMURUNGAN

Keputusan kaji selidik di kalangan orang yang mengalami kemurungan, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan petai. Ini kerana petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang badan bertukar kepada serotonin, yang yang dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil.

PMS (sindrom pra-haid)

Vitamin B6 petai membantu mengawal atau meneutralkan paras gula dalam darah dan membantu wanita yang mengalami mood tidak stabil ketika berdepan sindrom premenstrual.

ANEMIA

Zat besi yang tinggi di dalam biji petai boleh merangsang pengeluaran hemoglobin dalam darah dan seterusnya membantu dalam kes-kes anemia atau pesakit kekurangan darah.

TEKANAN DARAH TINGGI

Kandungan kalium dalam petai dengan kandungan rendah garamnya baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangi risiko strok. US Food and Drug Administration telah hanya menyenarikan petai sebagai buah yang mampu mengurangkan risiko tekanan darah dan strok.

KUASA MINDA

Khasiat petai lain ialah kemampuannya di dalam meningkatkan kekuatan tenaga minda. Ini berdasarkan laporan di USA yang dijalankan di mana petai diberikan kepada pelajar semasa sarapan sebelum peperiksaan.

Kajian terhadap 200 pelajar sebuah sekolah di Twickenham telah membuktikan pelajar yang terlibat memakan petai dapat meningkatkan kuasa otak mereka dan membantu mereka lebih segar, bertenaga dan memberi tumpuan dalam pembelajaran.

SEMBELIT

Petai juga dapat mengatasi masalah sembelit. Petai mengandungi tinggi serat dan boleh membantu penghadaman dan menggalakkan pembuangan air besar tanpa menggunakan julat. Petai boleh membantu memulihkan tindakan usus yang normal.

KELETIHAN

Cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat jus petai dicampur dengan dengan madu.

PEDIH ULU HATI

Petai mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan, jadi jika anda mengalami pedih ulu hati, cuba makan petai untuk mengurangkan kesan kesakitan.

GIGITAN NYAMUK

Satu amalan yang biasanya dilakukan orang kampung ialah menggunakan kulit petai untuk mengurangkan kesan gatal gigitan serangga dan nyamuk. Kulit petai digosok pada bahagian yang kena gigit. Insyaalah, rasa gatal, sakit, bengkak, kerengsaan atau lebam akan beransur kurang.

SARAF

Petai yang tinggi vitamin B yang membantu menenangkan sistem saraf.

BERAT BADAN YANG BERLEBIHAN

Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi punca pengambilan makanan berlebihan. Dengan memakan petai, kita dapat mengawal badan daripada ketagih mengambil makanan berkarbohidrat tinggi. Dengan cara itu dapat mengatasi masalah berat badan berlebihan.

ULSER

Petai mampu meneutralkan lebihan asid dan mengurangkan kerengsaan oleh salutan lapisan perut. Jadi, ia dapat membantu mengatasi penyakit ulser.

KAWALAN SUHU

Petai dianggap “penyejuk” dan boleh menurunkan suhu fizikal dan emosi, termasuk kepada ibu-ibu mengandung. Di Belanda, sebagai contoh, wanita hamil makan petai untuk memastikan bayi yang dilahirkan dengan suhu yang sejuk.

MEMBANTU PEROKOK

Petai juga boleh membantu orang yang cuba untuk berhenti merokok. Petai yang kaya dengan kandungan vitamin B6, B12, serta kalium dan magnesium dapat membantu badan pulih daripada kesan-kesan nikotin terhadap tubuh.

Kalsium (potasium) dan magnesium dalam petai boleh mengurangkan keinginan untuk merokok. Merokok adalah membahayakan kesihatan. Biar mulut berbau petai daripada berbau rokok.

TEKANAN PERASAAN (STRESS)

Potassium atau kalium merupakan bahan mineral untuk kesihatan vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam badan anda.

Apabila kita tertekan, kadar metabolisme kita meningkat, sekali gus mengurangkan kadar potassium. Ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek petai yang tinggi potassium.

Mengatai masalah cacing dalam badan Petai juga dapat membunuh cacing di dalam perut dan usus di mana ia akan keluar bersama najis.

MERAWAT DEMAM KUNING

Bahagian daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai di mana kemudian airnya diminum dan ulang beberapa kali.

STROK

Menurut kajian dalam “The New England Journal of Medicine” makan petai sebagai sebahagian daripada diet yang teratur dapat mengurangkan risiko kematian oleh strok sebanyak 40% “.

KETUAT

Mereka yang ada ketuat pada badan, boleh mencuba untuk menghilangkannya dengan meletakkan biji petai pada bahagian yang berkenaan.  Gunakan plaster atau kain untuk melekatkan biji petai di bahagian ketuat itu.

MENGURANG KEMABUKAN

Terdapat petua yang mengesyorkan adunan petai bersama susu dan madu, adunan ini dipercayai dapat mengurangkan masalah kemabukan, kerana herba petai, madu dan susu dapat memperbaiki aras glukosa dan mengembalikan aras cecair badan ke tahap seimbang.

Petua hilangkan bau petai di mulut:

1. Makan beras mentah dalam 10 biji.
2. Kunyah terung mentah.
3. Kunyah timun.
4. Berus gigi selepas menggunakan dental floss.
5. Kunyah chewing gum
6. Campur masakan petai dengan terung.

Petua hilangkan bau petai di tandas
Untuk mengelak tandas berbau busuk petai, potong terung dan diletakkan di dalam tandas.  Terung akan serap bau petai.

Tuntasnya, petai menawarkan pelbagai khasiat. Maka, wajar kita mengamalkan pengambilan petai dalam makanan untuk mendapatkan khasiat dan kebaikannya.

Advertisements