Kapitalisme Islam

Asas asal kapitalisme dan pasaran bebas boleh dijejak kembali pada Zaman Keemasan Islam dan Revolusi Pertanian Islam, di mana ekonomi pasaran pertama dan bentuk awal kapitalisme perdagangan mula berakar di antara kurun ke-8 dan ke-12.

imageSesetengah sarjana merujuknya kepada “Kapitalisme Islam”. Orang Islam telah mewujudkan satu sistem ekonomi monetari dengan mengembangkan sistem pengedaran mata wang bernilai tinggi yang stabil (seperti dinar) dan menyepadukan bidang monetari yang dulunya bebas.

Sementara itu teknik baru perniagaan dan bentuk organisasi yang inovatif diperkenalkan oleh pakar ekonomi, pedagang dan peniaga pada masa itu.

Di antara inovasi ini termasuk syarikat dagang, perniagaan yang besar, kontrak, pertukaran bil, perdagangan antarabangsa jarak jauh, perkongsian (mufawada) seperti mudharabah, dan bentuk awal hutang kredit, keuntungan, kerugian, modal (al-mal), pengumpulan modal, amanah (wakaf), syarikat permulaan, akaun simpanan, pajakan, juru bank, penukar mata wang, lejer, dan saman.

Konsep perusahaan yang sama seperti syarikat yang bebas daripada campurtangan negara juga telah wujud pada zaman pertengahan Islam, sementara institusi agensi juga ditubuhkan.

Banyak daripada konsep awal kapitalis ini diambil pakai dan dibangunkan oleh Eropah dari kurun ke-13 dan seterusnya. Sistem kontrak yang bergantung kepada pedagang juga sangat berkesan.

Pedagang akan membeli dan menjual atas komisyen, dengan wang yang dipinjamkan kepada mereka oleh pelabur kaya, atau pelaburan bersama beberapa pedagang, yang selalunya mereka terdiri daripada orang Islam, Kristian dan Yahudi.

Perkongsian perniagaan akan dibuat untuk banyak penerokaan komersil, dan pertalian yang erat membolehkan rangkaian dagangan terbentuk dalam jarak yang luas.

Rangkaian yang terbina pada masa ini membolehkan sebuah dunia di mana wang dijanjikan oleh sebuah bank di Baghdad dan ditunaikan di Sepanyol, yang membawa kepada sistem cek seperti pada hari ini.

Setiap kali barangan melepasi bandar-bandar dalam rangkaian luar biasa ini, bandar akan mengenakan cukai, menyebabkan harga tinggi apabila mencapai destinasi terakhir. Inovasi yang dibuat oleh orang Islam dan Yahudi membentuk asas kepada sistem ekonomi.