Ramai Dikhuatiri Cedera, Maut Dalam Kejadian Kren Runtuh Di Masjidil Haram

MAKKAH, 12 Sept – Kejadian kren tumbang yang dilaporkan berlaku di kawasan Masjidil Haram, di sini, dipercayai menyebabkan kematian dan kecederaan.

image

Kejadian dipercayai berlaku semasa hujan lebat kira-kira 4.30 petang, waktu tempatan, ketika umat Islam selesai menunaikan solat Asar.

Wartawan Bernama yang membuat liputan haji menerusi program Tabung Haji (TH) berkata, kejadian hujan lebat itu dipercayai kali keempat berlaku dalam tempoh sebulan.

“Hujan hari ini paling lebat, kira-kira setengah jam hujan turun,” kata Mohd Shukri Ishak yang membuat liputan haji sejak 12 Ogos lepas.

Kawasan Masjidil Haram kini giat dalam kerja-kerja pembesaran.

Difahamkan empat rakyat Malaysia turut cedera dalam kejadian itu, namun belum dapat disahkan.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dijangka mengadakan sidang akhbar mengenai kejadian itu dalam tempoh terdekat.

Advertisements