“Ini Masa Untuk Kita Bersatu, Bukan Berbalah” – Najib Razak

PETALING JAYA, 2 Okt – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa semua pihak supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan konflik dan perselisihan faham.

image“Saya menggesa semua pihak di Malaysia tidak mengeluarkan kenyataan berbau politik yang boleh menimbulkan sengketa dan salah faham.

“Ini masa untuk kita bersatu pastikan negara kita terus maju, bukan berbalah dan tuduh-menuduh,” katanya menerusi akaun Facebook dan Twitternya pada Jumaat.

Najib bagaimanapun tidak menyebut mengapa beliau memberikan nasihat berkenaan.

Kenyataan beliau sehari selepas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang memberi amaran kepada orang Cina supaya tidak mengadu mengenai kerajaan kepada pihak luar.

Beliau berkata, orang yang melakukan perkara seperti itu sepatutnya dilempang.

Tajuddin kemudiannya berkata, beliau “hanya mengingatkan” orang Cina yang berharap untuk mendapat bantuan dengan mengadu kepada pihak luar.

Advertisements