Ling Liong Sik Sedia Bertemu Najib Razak Di Mahkamah

PETALING JAYA, 7 Okt – Tun Dr Ling Liong Sik tidak akan berundur daripada seruannya supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berundur, dan bersedia mempertahankan dirinya di mahkamah.

wpid-picsart_10-07-06.37.48.jpg

“Saya berkata kepada Perdana Menteri, jika anda memilih untuk menyaman saya, saya akan membela diri saya. Dengan penuh rasa rendah hati, saya menerima cabaran anda.

“Saya berharap untuk melihat Perdana Menteri berdiri di kandang saksi, kerana tidak diragukan lagi beliau akan melakukannya jika beliau berkata ia menjejaskan reputasinya,” katanya dalam satu kenyataan media Rabu.
image

“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya tetap mempertahankan apa yang saya telah katakan. Saya tidak akan meminta maaf,” kata Presiden MCA pertama ini.

Dalam kenyataannya, Liong Sik berkata, beliau terkejut apabila menerima surat tuntutan daripada Najib yang menuduhnya beliau membuat fitnah.

Pada Sabtu, Liong Sik secara terbuka menggesa Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri sambil berkata beliau bersetuju dengan gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk Najib meletakkan jawatan.

Liong Sik berkata, beliau menghadiri demonstrasi Bersih di Perth, Australia dan bagi menyokong undi tidak percaya terhadap Najib.

Sebagai tindak balas, Perdana Menteri menghantar surat tuntutan kepadanya, meminta beliau menarik balik kenyataan dan menbuat permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari berhubung kenyataan Liong Sik berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).