Hasan Arifin Dilantik Pengerusi Bahru PAC

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Dewan Rakyat menerima pelantikan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) selepas perbahasan selama beberapa jam.

imageUsul pelantikan Hasan itu dibawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said pada sesi Aturan Mesyuarat dan Usul sempena persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.

Hasan akan menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang terpaksa melepaskan jawatannya selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Tiga lagi ahli jawatankuasa PAC yang lain turut meletak jawatan selepas mereka dilantik ke dalam barisan Kabinet baharu beberapa bulan lalu.

Hasan, 62, bekas Timbalan Menteri Besar Pahang dipilih sebagai Ahli Parlimen susulan kematian Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.