Harga Rokok Naik Mulai Hari Ini

PETALING JAYA, 4 Nov – British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan harga semua rokoknya berkuatkuasa pada Rabu.

image“Harga baharu itu mengambil kira jumlah yang dibenarkan oleh kenaikan cukai eksais dan kesannya terhadap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta tekanan kos syarikat,” kata Pengarah Urusan BAT Malaysia, Stefano Clini dalam satu kenyataan pada Selasa.

Berikutan itu, harga baharu rokok bermula Rabu adalah seperti berikut:

Rangkaian Dunhill – RM17.00

Rangkaian Kent RM17.00

Benson & Hedges RM17.00

Rangkaian Peter Stuyvesant RM15.50

Rangkaian Pall Mall RM15.50

Lucky Strike Plain RM17.50

Rangkaian Shuang Xi RM18.00

Syarikat tersebut turut menyatakan kekecewaan dan terkejut dengan kenaikan mendadak duti eksais sambil menambah ia akan menyebabkan kehadiran lebih banyak rokok haram di pasaran gelap.

Advertisements