Kertas Siasatan 7 Individu Akan Diserah Kepada J/Kuasa Disiplin

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Kertas siasatan ke atas tujuh individu dalam Umno telah selesai dan akan diserahkan kepada jawatankuasa disiplin parti untuk diambil tindakan selanjutnya.

imageSetiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kertas siasatan itu akan diserahkan dalam masa terdekat kepada jawatankuasa berkenaan.

“Sekarang ini kita tunggu Lembaga Disiplin untuk lihat kertas itu dan ia akan ambil masa sedikit.

“Keputusan akan dibuat oleh Majlis Tertinggi untuk mengambil tindakan ke atas mereka,” katanya kepada pemberita pada sidang media mengenai Perhimpunan Agung Umno 2015, di sini Khamis.

Ditanya identiti tujuh individu tersebut, Tengku Adnan bagaimanapun enggan mendedahkannya, tetapi mengakui beberapa anggota MT parti tersenarai di dalam kertas siasatan itu.

Beliau berkata Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman yang dipecat baru-baru ini tidak tergolong dalam tujuh individu yang disiasat itu.

Advertisements