Nik Abduh Cabar Mat Sabu Buktikan Budaya ISIS Dalam PAS

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Pemuda PAS mencbar Mohamad Sabu supaya membuktikan dakwaannya parti Islam itu sudah diresapi oleh pemikiran Kumpulan Militan negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

imageKetuanya Nik Mohamad Abduh Nik Aziz memberitahu FMT dakwaan oleh Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu membuktikan pendapat PAS parti baru itu ditubuhkan untuk mencari kelemahan dalam PAS.

“Mat Sabu dan rakan-rakannya (dalam Amanah) telah menuduh PAS seperti IS. Tunjukkan kepada kita ahli PAS mana yang melabel orang Islam lain sebagai kafir. Ini adalah cerita 1970-an dan beliau cuba menghidupkannya semula oleh kerana beliau tidak dapat menimbulkan isu-isu lain.

“Menuduh orang kafir tidak lagi wujud dalam PAS dan ini menunjukkan Amanah hidup dalam dunia 80-an dengan membangkitkan isu diperguna oleh Umno pada tahun 80-an. Umno sendiripun tidak lagi menggunakan isu ini,” katanya kepada FMT di lobi Parlimen hari ini.

Awal hari ini, bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu atau Mat Sabu menyatakan kekhuatirannya terhadap pemikiran ISIS yang sudah meresap ke dalam parti PAS.

Portal The Malaysian Insider dipetik sebagai melaporkan Mat Sabu menggesa pihak berkuasa supaya campur tangan dan menyiasat dakwaan berkenaan.

Mat Sabu yang keluar PAS pada September lalu mendakwa ideologi ekstrem itu umpama bom jangka yang berbahaya bukan sahaja kepada PAS tetapi juga orang awam, amnya.

Menurutnya, ia juga salah satu sebab sekumpulan progresif PAS, termasuk dirinya, mengambil keputusan untuk keluar daripada parti Islam itu lalu menubuhkan Amanah.