Perpaduan Islam: Najib Razak Dan Hadi Awang Berkongsi Pentas

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi pentas yang sama dengan presiden PAS dalam satu persidangan mengenai perpaduan Islam di sini.

imagePresiden Umno itu duduk bersebelahan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di sini, Khamis.

Abdul Hadi dalam ucapannya berkata, perbezaan ideologi politik tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada perpaduan Islam.

“Kita mahu mengelak perbezaan ideologi yang boleh membawa kepada perang proksi antara umat Islam,” katanya.

Matlamat majlis itu adalah mempromosikan perpaduan di kalangan umat Islam di negara ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob.

Advertisements