Penjawat Awam Berkelakuan ‘Biadap’ Di Media Sosial Terima Padah

KUANTAN, 6 Jan – Bukan semua orang yang menggunakan media sosial sebenarnya bebas dalam berkata apa sahaja di Facebook kerana masih ada yang prihatin dan bertanggungjawab dalam memantau apa yang dilakukan oleh anak-anak buahnya jika dalam soal kerja.

image

Itulah tindakan yang diambil oleh Pegawai KEMAS Daerah Kuantan yang memberikan surat tunjuk sebab kepada kakitangannya yang menulis kata-kata yang tidak sopan terhadap pemimpin negara khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Wanita itu dipercayai guru di Tabika KEMAS mengutuk dan mengkritik Najib dan juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan.

“Tak mintak apa-apa pun untuk tahun baru ini… cuma mintak Najib dan Rosmah sedar diri… lepas tu Ahmad Maslan jangan nak melawak bodoh sahaja kerja kau… senak tahu… Hahaha,” kata wanita itu di laman sosial Facebook.

Tindakan membuat kenyataan awam di laman Facebook menyebabkan wanita itu boleh dikenakan Tindakan Tatatertib di bawah Perkara 4(2), Perkara 19 (1) dan 19 (2) Bab D : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.

“Sebagai seorang Penjawat Awam, puan seharusnya tahu peraturan-peraturan pegawai awam yang perlu dipatuhi,” menurut surat tunjuk sebab itu.

Di dalam surat berkenaan, turut dipercayai dikepilkan bersama ialah komen-komen yang diterima yang berbunyi nasihat kepada wanita itu agar tidak meneruskan niatnya menulis status seperti itu lagi tetapi seakan nasihat itu tidak diendahkan.

Surat berkenaan meminta wanita itu memberi sebab mengapa dia tidak boleh dikenakan tindakan kerana kesalahan itu.

Apapun, tahniah kepada Pegawai KEMAS Kuantan yang begitu peka dan menjalankan tanggungjawab menjaga integriti penjawat awam untuk tidak menulis atau menyebarkan sebarang kebencian di dalam laman sosial tanpa sebab atau tujuan yang berfaedah.

Apa kesalahan Ahmad Maslan dan Najib sehingga wanita berkenaan boleh berkata macam-macam kepada mereka berdua sedangkan dirinya sendiri mencari rezeki di dalam kerajaan sebagai kakitangan awam.