Penyokong Anti Najib Dalam UMNO Umpama Penyambung ‘Lidah’ Pembangkang

Ramai penyokong tegar Tun Dr. Mahathir lupa tentang sebuah artikel yang dikeluarkan oleh portal berita Sinar Harian bertarikh 1 Jun 2015 yang bertajuk “Kalau Saya Jadi Najib, Saya Buang Orang Tak Sokong Saya” yang dipetik daripada kata-kata Tun Mahathir pada waktu itu.

image

Malangnya seruan Tun Mahathir itu tidak disahut dengan baik oleh ribuan penyokong beliau selepas beberapa siri serangan demi serangan Tun Mahathir ke atas Najib Razak yang kini menjadi topik hangat perbualan di laman media sosial.

Lebih menarik daripada itu, disaat krisis Tun Mahathir-Najib Razak memuncak ramai dikalangan penyokong Tun Mahathir beranggapan Najib Razak wajar berundur sebagai presiden UMNO dan Perdana Menteri disebabkan kegagalan beliau didalam urus tadbir syarikat 1MDB, penyusutan nilai ringgit, GST dan isu penerimaan dana berjumlah RM 2.6 bilion yang diterima daripada dermawan dari Timur Tengah.

Penyokong Tun Mahathir tanpa segan silu menyuarakan pendapat di media sosial dengan mendakwa Najib Razak telah melakukan kesalahan dan kegagala yang boleh menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional kalah pada pilihanraya umum akan datang disebabkan ketidak telusan presiden UMNO terbabit didalam mentadbir Kerajaan ketika ini.

Akan tetapi setiap dakwaan yang mereka lontarkan terhadap Najib Razak sehingga ke saat ini tidak ada satu pun bukti yang sahih daripada mana-mana pihak berkuasa yang menyatakan Najib Razak didapati bersalah melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang negara ketika menjadi pemimpin pertama negara ketika ini.

Antara mereka yang terlibat didalam usaha untuk menjatuhkan Najib Razak sebagai presiden UMNO dan Perdana Menteri termasuk lah beberapa bekas menteri kanan dibawah pentadbiran Najib Razak yang telah digugurkan didalam barisan kabinet baru-baru ini dan juga aktivis anti Najib yang dilihat agak kerap menonjol membuat ‘Press Statement’ bagi meraih polulariti di portal berita milik pembangkang.

Suara mendesak Najib Razak supaya berundur dikalangan pemimpin dan penyokong dari parti pembangkang suatu ketika dahulu telah disahut oleh penyokong Tun Mahathir seolah-oleh mereka menyambung tugas yang digalas oleh pihak pembangkang bagi menjatuhkan bukan sahaja Najib Razak malah Barisan Nasional itu sendiri pada pilihanraya akan datang.

Apa yang boleh saya gambarkan disini ialah, apa yang telah dilakukan oleh kumpulan anti Najib Razak yang masih setia berada bersama UMNO ketika ini umpama penyambung ‘Lidah’ pembangkang bagi menjatuhkan bukan sahaja Najib Razak malah UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri pada piliharaya umum akan datang.

Bukti akibat serangan Tun Mahathir pada Pak Lah ketika beliau menjadi presiden UMNO dan Perdana Menteri ketika keputusan piliharaya umum ke 12 diumumkan boleh dijadikan sandaran pada kita sebagai panduan.