Khusairi Talib Selar Tindakan Media Pro Pembangkang

KUALA LUMPUR, 29 Jan – ADUN Slim YB Dato Khusairi Talib menyelar tindakan tidak bertanggung jawab pihak yang telah membuat poster (Suara Rakyat) kononnya beliau telah mengeluarkan kenyataan “yakin wang RM2.6b telah dibelanjakan sepenuhnya untuk UMNO”.

image

Menurut Khusairi lagi, apa yang telah dinyatakan oleh media pro pembangkang melalui poster tersebut tidak selari dengan kenyataan asal beliau semasa ditemubual oleh wartawan ketika menunggu ketibaan pesawat untuk pulang dari Tawau ke Kuala Lumpur pada 15 Ogos 2015.

Dana RM2.6B Digunakan Untuk Kelancaran Parti Pada PRU13Β [Video]

Kenyataan ADUN Slim melalui entri terbahru beliau di dalam blog bertajuk “Terima Kasih Pencacai Poster”Β jelas menggambarkan media pro pembangkang sentiasa mencari pelbagai helah dengan cuba memutarbelitkan kenyataan beliau bagi menggambarkan seolah-olah presiden UMNO itu tidak amanah di dalam menguruskan parti dan negara.

PicsArt_01-29-03.22.50

Khusairi turut meminta pihak media pro pembangkang supaya mencari wajah-wajah tokoh besar dan pakar manipulasi berserta fitnah terhadap Najib Razak yang telah mereka sebarkan berkaitan isu dana RM2.6b untuk diposterkan bagi menunjuk kanΒ sikap tidak profesional mereka di dalam menagih kepercayaan rakyat yang makin suram ke atas mereka pada masa kini.

Sudah sampai masanya rakyat di negara ini menolak segala dakyah jahat pihak media pro pembangkang yang acapkali di lihat lebih gemar memanipulasi pemikiran rakyat dengan menyebarkan maklumat-maklumat palsu demi untuk mencapai cita-cita pemimpin mereka untuk mentadbir negara.

Advertisements