PAS Gesa Masalah Utama Kerajaan Kedah Diselesaikan Melalui DUN

KUALA LUMPUR, 1 Feb – PAS berhadap krisis kepemimpinan kerajaan negeri dapat diselesaikan segera melalui Dewan Undangan Negeri (DUN).

image

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata PAS berpegang kepada lunas undang-undang serta asas demokrasi yang berakhlak dan beradab dalam menyelesaikan apa juga masalah yang melanda negeri dan negara.

Justeru, katanya, apa yang berlaku di Kedah boleh menjejaskan pengurusan kerajaan dan rakyat.

“PAS menggesa masalah kepemimpinan utama kerajaan Kedah diselesaikan dengan segera mengikut amalan demokrasi menerusi suara rakyat.

“Biar perkara ini melalui DUN untuk tentukan (selesaikan),” katanya dalam kenyataan yang dibacakan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, di sini, sebentar tadi.

Advertisements