1MDB Tidak Dihubungi Pihak Berkuasa Undang-Undang Luar Negara

KUALA LUMPUR, 1 April – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Khamis berkata, pihaknya tidak dihubungi oleh mana-mana pihak berkuasa undang-undang luar negara mengenai perkara berkaitan syarikat itu.

image

Dalam kenyataannya, syarikat itu berkata: “Namun, kami kekal komited untuk memberikan kerjasama penuh kepada mana-mana pihak berkuasa dan penyiasatan, tertakluk kepada nasihat pihak berkuasa tempatan yang berkaitan, dan mengikut protokal antarabangsa mengenai perkara seperti ini,” tambah kenyataan itu.

Media luar negara melaporkan Pendakwa Raya Luxembourg sebagai berkata ia telah memohon siasatan kehakiman terhadap dakwaan pengubahan wang oleh 1MDB.

Menurut laporan itu, ia dibuat berikutan ‘bukti kukuh ke atas penyalahgunaan dana oleh kerajaan Malaysia menerusi beberapa akaun pesisir di Singapura, Switzerland dan Luxembourg. – Bernama