Tindakan Tegas Pada Penyewa Rumah PPR Yang Menyewa Pada Pihak Ketiga

KUALA LUMPUR, 2 April – Jabatan Perumahan Negara mengesan ramai penyewa Program Perumahan Rakyat (PPR) di Jalan Pudu Ulu, di sini menyewakan kediaman itu kepada pihak ketiga termasuk warga asing.

image

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamad Yusoff Ghazali berkata, pihaknya sedang mengesan penyewa terbabit dan akan mengeluarkan Notis Amaran dan Notis Penamatan serta merta kepada mereka.

“Kami memandang serius kes itu dan sedang mengesan penyewa terbabit untuk dikenakan tindakan menerusi Ops Sejahtera Komuniti, pagi ini,” katanya kepada media, di Cheras, di sini hari ini.

Mohamad Yusoff berkata, sebanyak 198 unit kediaman dikesan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) disewakan kepada pihak ketiga, selain mempunyai tunggakan bayaran sewa.

Advertisements