Rahman Dahlan Sedia Debat Terbuka Dengan Guan Eng

KUALA LUMPUR, 6 April – Datuk Abdul Rahman Dahlan menyatakan kesediaan mengadakan debat terbuka dengan Lim Guan Eng berhubung kontroversi dan dakwaan rasuah terhadap ketua menteri Pulau Pinang itu.
lim-guan-eng_rahman-dahlan_house_600

Bercakap kepada pemberita di Parlimen di sini pada Rabu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata beliau tidak keberatan untuk berkongsi maklumat yang beliau ada mengenai beberapa isu secara terbuka kepada awam.

“Adakah saya perlu berdebat? Itu terpulang kepada beliau. Saya tidak keberatan untuk memberitahu orang ramai apa maklumat yang saya ada.

“Ia bukannya menjadi masalah jika beliau bersedia untuk tampil. Saya akan berdebat dengannya di hadapan semua orang,” katanya.