Pemimpin, Ahli UMNO Perlu Istiqamah Dan Konsisten Dalam Perjuangan – Najib Razak

PUTRAJAYA, 14 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mahu pemimpin dan ahli UMNO istiqamah dan konsisten dalam menegakkan perjuangan serta taat setia kepada parti.

image

Katanya, mereka perlu menjaga parti untuk generasi akan datang kerana pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi prinsip perjuangan yang konsisten dan istiqamah tinggal kekal.

Beliau berkata tiada masalah untuk menegur atau memberi pandangan kepada pemimpin tetapi ia tidak boleh dibuat di luar batas perlembagaan dan tatasusila parti.

“Kita tidak boleh buat sesuatu yang di luar perlembagaan dan tatasusila parti sebab apa yang kita buat di luar (parti) akan merosakkan parti.

“Perlu diingat, kalau parti masih kekal, perjuangan boleh diteruskan kerana pemimpin boleh datang dan pergi, tak jadi masalah, tetapi parti kita mesti dipertahankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sepetang Bersama Sahabat Sezaman Pemuda.

Yang Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Naib Presiden UMNO merangkap penaung Kelab Sahabat Najib Razak (N87), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Pengerusi Kelab Sahabat Najib Razak (N87), Datuk Suleiman Mohamad selain kira-kira 1,000 ahli kelab N87.