Usaha Burukkan Imej Najib Razak Tidak Jejaskan Keyakinan Pelabur – Mustapa Mohamed

JOHOR BAHRU, 17 April – Usaha pihak tertentu dan media asing yang cuba memburukkan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak menjejaskan keyakinan pelabur asing untuk terus melabur di negara ini.
image

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata di sebalik tindakan salah lapor yang dilakukan media asing untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Malaysia kekal berdaya saing dan menjadi pilihan pelabur.

“Walaupun ada media asing yang menggembar gemburkan keburukan kepimpinan Perdana Menteri, tetapi ia tidak berkesan sebaliknya pelabur asing tetap yakin dengan kestabilan negara ini,” katanya kepada sidang media selepas mempengerusikan bersama Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri (JBI) dengan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini hari ini.

Terdahulu, Mustapa turut menyaksikan pengumuman komitmen pelaburan dan pertukaran dokumen bersama pelabur oleh empat syarikat yang akan melabur di zon Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat di Pasir Gudang berjumlah lebih RM1.87 bilion.

Advertisements