1MDB Berjaya Menyelesaikan Hutang RM 2 Bilion Lebih Awal

image

KUALA LUMPUR, 18 April – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjaya menyelesaikan kemudahan pinjaman daripada Marstan Investments N.V sebanyak RM2 bilion dengan pembayaran penuh dilakukan lebih awal daripada tarikh pembayaran balik.

Syarikat itu menjelaskan, kemudahan pinjaman diperoleh pada Februari 2015 dan hasil kutipan digunakan untuk membayar hutang RM2 bilion kepada bank tempatan.

“Kemudahan pinjaman itu diatur untuk 1MDB oleh syarikat jana kuasa bebas, Tanjong Energy Holdings, sebagai alternatif kepada komitmen Tanjong Energy Holdings untuk melabur RM2 bilion ekuiti dalam anak syarikat 1MDB, Powertek Investment Holdings Sdn. Bhd.

“Pembayaran balik ini menandakan satu lagi peristiwa penting dalam pelan rasionalisasi 1MDB dan mengurangkan lagi obligasi hutang jangka pendek 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements