Pindah Milik Kenderaan Secara Online Bermula 1 Jun – Liow Tiong Lai

image

BENTONG, 15 May – Proses pemindahan hak milik kenderaan kini tidak lagi perlu dilakukan di mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan boleh dilakukan secara dalam talian, kata Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“Bermula 1 Jun, pemilik kini boleh memperbaharui Sijil Hak Milik Kenderaan (VOC) mereka secara dalam talian,” kata Menteri Pengangkutan itu kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jom JPJ di Bentong, Sabtu lalu.

Langkah itu, katanya dilaksanakan untuk mengurangkan tempoh menunggu dan beratur panjang di kaunter JPJ.

Pemilik baharu juga boleh melakukan pendaftaran sijil VOC mereka di galeri jualan kereta.

“Penjual sama ada kereta baharu atau kereta terpakai boleh memindah hak milik dengan hanya mengesahkan pemilik melalui sistem biometrik,” katanya.

Liow berkata Kementerian Pengangkutan akan meneruskan misi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, bermula dengan mengurangkan masa menunggu di kaunter.

Katanya, JPJ juga sedang mengkaji cara lebih mudah bagi pemandu untuk memperbaharui lesen memandu mereka.

Advertisements