Berjuang Demi Rakyat, Bukan Demi Mahathir – Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA,23 Mei Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pembangkang untuk berjuang demi rakyat, bukan agenda Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang mengakui menulis surat kepada pemimpin PKR berhubung isu tersebut, bekas ketua pembangkang itu memberitahu pemimpin yang bekerjasama dengan bekas perdana menteri berkenaan supaya mengingati komitmen mereka kepada rakyat.

Anwar berkata, beliau menulis surat tersebut semasa berada di mahkamah dan meminta rakyat membaca teks asal dalam bahasa Melayu.
“Walaupun pada peringkat awal, tujuannya (surat) adalah untuk kepimpinan, tetapi selepas ia tersebar sekarang, saya minta rakyat membacanya,” katanya kepada pemberita semasa diiringi pegawai penjara di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan di sini, Isnin. 
Anwar berada di mahkamah bagi pengurusan kes mengenai semakan pensabitan kes liwatnya.