RUU Persendirian Untuk Tingkat Kuasa Mahkamah Syariah – Zahid Hamidi

image

KUALA LUMPUR 26 Mei – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata, pembentangan usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berhubung Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat hari ini adalah bagi meningkatkan lagi kuasa yang ada pada Mahkamah Syariah.

“Ini untuk meningkatkan lagi fungsi Mahkamah Syariah sahaja dan hanya untuk orang Islam,” kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Ahmad Zahid berkata, demikian ketika mengulas pembentangan usul berkenaan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Usul itu dibentang bagi meminda Seksyen 2 akta tersebut untuk menyebut Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Abdul Hadi berkata, ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A yang menyebut dalam melaksanakan undang-undang jenayah di bawah seksyen tersebut, Mahkamah Syariah mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman berkaitan kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen berkenaan selain hukuman mati.

Beliau kemudian mencadangkan usul di bawah peraturan mesyuarat 15(5) dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang. – Bernama

Advertisements