PAS Tidak Akan Beri Kerusi Pada AMANAH Dalam PRU14 Akan Datang

pembangkang

Pebalahan mengenai pembahagian kerusi dikalangan pembangkang terus menjadi topik hangat dikalangan mereka apabila Setiausaha PAS Selangor Mohamad Khairuddin Othman tanpil memberi kenyataan kepada Malaysiakini baru-baru ini berkaitan perkara tersebut.

Khairuddin dalam satu kenyataan ketika ditemurah oleh wartawan terbabit berkata;

“Setakat yang kita (PAS) dan PKR setuju, semua kerusi kita kekal sebagaimana yang sedia ada mengikut PRU13.

“Kita tak akan bagi kerusi, tumpuan PKR adalah kerusi PKR dan tumpuan PAS adalah kerusi PAS. Sekarang terpulang pada DAP lah kalau dia nak bagi kerusi pada AMANAH,” katanya kepada Malaysiakini.

AMANAH kelihatan terdesak untuk ‘merampas’ kerusi daripada PAS melalui rakan mereka dalam Pakatan Harapan apabila Naib Ketua AMANAH Sepang, Abdul Halim Mohd Sharif telah memberi kata dua kepada PKR berhubung perkara tersebut.

Abdul Halim turut menggesa PKR untuk menyatakan pendirian mereka sama ada mahu terus ‘bersekongkol’ dengan PAS atau meninggalkan AMANAH bersama DAP dalam gabungan itu.

Pembangkang kini dalam keadaan penuh dilema apabila serpihan PAS yang tidak memihak kepada pucuk pimpinan yang dipilih semasa muktamar PAS yang lalu telah memilih untuk menubuhkan sebuah parti baharu serta menuntut kerusi yang dimenangi oleh mereka semasa bertanding atas tiket PAS diberikan kepada AMANAH.

Advertisements