Azmin Dikritik Kerana Lebih Utamakan ‘Nasi Lemak Dara’ Berbanding Krisis Bekalan Air Di Selangor

azmin-ali

SEPANG, 1 Okt – Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dikritik hebat oleh pengguna media sosial atas tindakan beliau dilihat seolah-olah ingin melarikan diri daripada’isu sebenar’ berkaitan bekalan air di Selangor yang dilihat agak meruncing ketika ini.

Rata-rata pengguna media sosial beranggapan Menteri Besar Selangor tersebut tidah begitu sensitif dan mengambil berat terhadap permasalahan yang melanda rakyat negeri tersebut sejak bertahun lamanya.

Selaku Menteri Besar, Azmin Ali sepatutnya memberi tumpuan yang lebih kepada permasalahan yang melanda rakyat Selangor yang rata-rata daripada mereka amat tidak berpuas hati dengan cara kerajaan negeri Selangor menangani masalah air Selangor.

Kerajaan PKR Selangor dilihat tidak mengambil serius masalah untuk menyelesaikan krisis bekalan air yang melanda negeri tersebut sejak mereka mengambil alih pimpinan kerajaan negeri dapada Barisan Nasional.

Apa yang dikesalkan ialah, Azmin seolah-oleh hanya lebih berminat untuk menyelesaikan masalah yang melanda penjual ‘Nasi Lemak Dara’ berbanding masalah krisis bekalalan air di negeri yang dipimpin olehnya ketika ini.

Advertisements