UMNO Terima Enam Ribu Keahlian Baru – Najib Razak 

KUALA LUMPUR, 1 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin mengumumkan parti tersebut telah menerima sebanyak 6000 keahlian baru dalam bulan Ogos ini, di mana sebanyak 374 keahlian baru bagi ahli biasa, 731 bagi keahlian baru bagi sayap Wanita, 2716 bagi pergerakan Pemuda dan 2179 keahlian baru bagi Puteri.

Tegas Najib, penambahan ahli ini memperlihatkan bahawa masih ramai lagi rakyat yang mahu menyertai UMNO dan sekaligus ianya menafikan dakwaan bahawa UMNO tidak lagi diterima oleh orang Melayu di negara ini.

“Saya sebutkan perkara ini kerana kita lihat ada parti yang hanya dapat 30 ahli, berita itu di keluarkan di bahagian muka depan surat kahabar. Jadi hari ini saya nak beritahu bahawa UMNO dapat 6000 keahlian di dalam hanya untuk bulan Ogos ini sahaja, tapi tak keluar pun muka depan surat khabar.

“Jadi, ini adalah sebagai satu perbandingan, di mana hakikatnya bahawa parti UMNO masih masih diterima baik dan mendapat sambutan di kalangan orang Melayu untuk terus menyertai parti ini,” jelasnya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi di Menara Dato Onn di sin hari ini.