Demi ‘Survivor’ Politik, Ezam Umum Keluar Daripada UMNO Melalui Akaun facebook

Ezam.jpg

SHAH ALAM, 2 Okt – Demi memanjangkan jangka hayat politik, anak didik Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor hari ini telah membuat pengumuman untuk keluar daripada UMNO melalui akaun facebook miliknya dengan membuat dakwaan kononnya Kerajaan Barisan Nasional tidak serius menangani gejala rasuah di negara ini.

Dalam kenyataanya di facebook, Ezam turut medakwa kerajaan telah menyalah gunakan akta OSA dalam isu membabitkan syarikat pelaburan milik kerajaan iaitu 1MDB dengan menyatakan OSA disalahgunakan ke atas laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam kes membabitkan syarikat tersebut.

Ramai dikalangan pemerhati politik sebelum ini mendakwa Ezam tidak akan kekal lama bersama UMNO dan kerajaan sedia ada memangkan cara beliau berpolitik ‘cari makan’ akan menyebabkan beliau akan keluar daripada UMNO suatu hari nanti.

Pada tanggal 2 Oktober 2016, Ezam telah membuktikan segala-galanya tentang apa yang diperkatakan oleh pemerhati politik terhadap beliau sebelum ini tentang caranya berpolitik bukan atas dasar perjuangan untuk menegakan kebenaran.

Semenjak beliau kembali menyertai UMNO selepas kononnya kecewa dengan apa yang diperjuangkan oleh Ketua Pembangkang ketika itu (Anwar Ibrahim) dengan melemparkan pelbagai dakwaan terhadap PKR serta rakan sekutu daripada parti pembangkang ramai dikalangan ahli dan pejuang tulin UMNO merasakan yang beliau mempunyai agenda tersendiri disebalik pernyertaan beliau.

Sewaktu kembali menyertai UMNO, Ezam tidak banyak diberikan tempat sepertimana beliau berada bersama PKR suatu ketika dahulu. Hal ini mungkin salah satu penyebab utama kenapa dan mengapa beliau mengambil keputusan untuk keluar dari UMNO.

Demi meneruskan survival politik beliau terpaksa mengambil keputusan untuk keluar daripada UMNO dengan mendakwa Kerajaan Barisan Nasional tidak serius menangani rasuah dan juga menyalahgunakan akta OSA untuk melindungi mereka yang bersalah berkaitan syarikat pelaburan milik kerajaan iaitu 1MDB.

Ketika kembali bersama UMNO dan Barisan Nasional daripada PKR, Ezam tidak banyak membantu parti keramat tersebut sepertimana yang diwar-warkan oleh beliau sebelum ini. Hal ini jelas dapat dilihat oleh ramai ahli-ahli UMNO dan pendokong setia dasar Kerajaan sedia ada.

Beikut adalah laporan penuh daripada Jawatan Kuasa Kira-kira Wang Negaran (PAC) berkaitan kawalan tadbir urus syarikat milik Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) berkaitan isu yang didakwa oleh Ezam.

Link: https://jebatmustdie.files.wordpress.com/2016/04/dr32016-1mdb.pdf

Advertisements