‘Serangan Balas’ Kumpulan Baju Merah Buat ADUN DAP Lau Weng San Tidak Keruan

lau-weng-san-1

SHAH ALAM, 2 Okt – ADUN Kampung Tunku dari DAP Lau Weng San sepatutunya menyalahkan diri sediri dan parti yang disertainya dengan apa yang berlaku pada hari ini berikutan ‘Serangan Balas’ kumpulan berbaju merah terhadap peserta himpunan Bersih 5 yang diadakan oleh kumpulan anti kerajaan.

Lau Weng San sama seperti ADUN dan Ahli Parlimen dari parti pembangkang lain yang hanya pandai meletakan kesalahan seratus peratus kepada penyokong dan kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat semasa pilihanraya umum yang lalu.

‘Serangan Balas’ kumpulan berbaju merah pada kali ini adalah hasil daripada perbuatan kumpulan himpunan haram Bersih yang telah banyak merosakan harta benda awam semasa mereka mengadakan himpunan haram mereka yang terdahulu salain merencatkan ekonomi rakyat setempat.

Pembangkang seharusnya merasa malu dengan kegagalan mereka menghasut dan mengheret rakyat dijalanan seperti mana yang telah dilakukan oleh mereka sebelum ini apabila percubaan mereka kali ini dilihat gagal akibat daripada ‘serangan balas’ daripada kumpulan berbaju merah yang diketuai oleh Ketua bahagian UMNO Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh portal Malaysiakini, Lau turut menggesa supaya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangkap ketua kumpulan baju merah tanpa meminta polis melakukan siasatan terhadap provokasi yang dicetuskan oleh pihak pembangkang dan peserta himpunan Bersih5.

Sikap sedemikian jelas menunjukan kepada rakyat bahawa beliau dan parti yang disertai olehnya serta kumpulan anti kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat pada pilihanraya umum yang lalu bersikap berat sebelah dan tidak pernah adil didialam membuat sesuatu perkara yang membabitkan mereka yang mendokong perjuangan kerajaan memerintah.

Sebagai seorang ADUN (DAP), Lau seharusnya memainkan peranan bagi menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum di negara untuk menolak segala bentuk himpunan yang membabitkan rakyat berhimpun dijalanan yang boleh merosakan perpaduan dikalangan rakyat dan kaun di negara ini.

Rakyat sedia maklum, himpunan jalanan yang diadakan oleh pihak pro pembangkang di negara ini hanya lah bertujuan untuk memecahbelahkan rakyat dengan bertujuan menghasut mereka supaya membenci kerajaan Barisan Nasional.

Selepas beberapa siri himpunan haram Bersih diadakan sebelum ini, kumpulan anti kerajaan dilihat telah gagal dalam percubaan mereka kali ini apabila kumpulan baju merah tanpil ‘lebih garang’ kali ini dengan menguasai beberapa kasawan tumpuan mereka.

Advertisements