Tanpa Mukhriz dan Muhyiddin, UMNO Tetap Menjadi Pilihan Rakyat Malaysia

mukhriz-annuar-musa.jpg

SHAH ALAM, 5 Okt – Beberapa portal berita dan blog pro pembangkang seolah-oleh mengambarkan kononnya UMNO telah menekan ‘Panic Button’ mereka apabila Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa membuat tawaran kepada mantan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir supaya kembali kepangkuan UMNO.

Susulan daripada laporan tersebut, mantan Menteri Besar Kedah itu telah mengeluarkan kenyataan yang dipetik oleh portal berita Malaysiakini bertajuk ‘Saya dipecat bukan keluar Umno,’ Mukhriz jawab Annuar dengan berkata “Saya pun tak tahulah nak tergelak atau terkejut dengan kenyataan itu. Saya dipecat, bukan saya keluar Umno”.

Rakyat sedia maklum punca pemecatan Mukhriz Mahathir daripada keahlian UMNO adalah disebabkan kesalahan serius yang dilakukan oleh beliau dan mantan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila mereka melanggari prinsip dan disiplin yang ditetap kan oleh parti.

UMNO bukan lah sebuah parti yang mempertahankan kesalahan anggotanya walau pun ada dikalangan mereka menyandang jawatan tertinggi parti.

Tindakan mengkhianati parti yang telah dilakukan oleh Mukhriz dan Muhyiddin bersama pembangkang untuk menjatuhkan presiden UMNO dan parti pada pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar jelas bukan lah satu kesalahan kecil.

Pemimpin datang dan pergi, namun UMNO dan Barisan Nasional tetap utuh dihati rakyat Malaysia setiap kali pilihan raya umum diadakan dinegara ini. Tanpa Mukhriz dan Muhyiddin, UMNO dan Barisan Nasional tetap berdiri megah tanpa ada cacat celanya.

Ramai dikalangan rakyat, ahli dan pemimpin UMNO sedia maklum, Mukhriz bukan lah seorang pemimpin yang berjiwa besar dan tidak mewarisi bakat kepimpinan serta aura politik yang dimiliki oleh bapa beliau (Tun Mahathir).

Sewaktu beliau menjadi ketua pentadbir Kerajaan Negeri Kedah ketika memenangi pilihan raya umum yang lalu, beliau diberi tempat sebagai Menteri Besar Kedah bukan atas faktor kehebatan beliau dalam UMNO.

Mukhriz perlu sedar, jawatan yang disandang nya suatu ketika dahulu selaku Menteri Besar Kedah adalah disebabkan penghormatan yang diberikan oleh pemimpinter tinggi UMNO diperingkat pusat atas jasa dan pengorbanan Tun Mahathir, bukan disebabkan aura politik yang dimilikinya.

Buktinya, selepas beliau disingkirkan daripada mejadi Menteri Besar Kedah dan juga dipecat mejadi ahli UMNO, UMNO Kedah tetap memiliki kekuatan yang tersendiri walau pun tanpa kelibat beliau.

Advertisements