Muhyiddin, Mukhriz Hanya Pentingkan Jawatan, Bukan Berjuang Demi Rakyat

muhyiddin1

SHAH ALAM, 7 Okt – Selepas di gugurkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan di pecat keanggotaan sebagai ahli UMNO kerana melanggari disiplin parti, mantan Timbalan Presiden UMNO, Muyiddin Yassin dilihat acap kali melakukan serangan terhadap UMNO/BN dan kepimpinan parti yang suatu ketika dahulu menjadi wadah perjuangan beliau.

Hal ini dapat disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia apabila beliau dilihat semakin lantang bersuara mengutuk segala apa yang dilakukan oleh UMNO dan kepimpinan parti disaat beliau tidak lagi menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas dipecat kerana tidak mengormati perlembagaan UMNO.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh portal berita Sinar Harian hari ini, Muhyiddin turut mendakwa Barisan Nasional (BN) akan tumbang pada pilihan raya akan datang berikutan penyingkiran Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah ke 11 yang lalu.

Mungkin pada Muhyiddin dan Mukhriz jawatan adalah segala-galanya selepas mereka berjaya mengaut dan menyedut segala keuntungan dan faedah ketika bersama UMNO/BN suatu ketika dahulu menyebabkan mereka tidak mengambil peduli tentang perpecahan yang sedang melanda dikalangan orang melayu pada masa kini.

Majoriti rakyat di negara ini sudah merasa jelik dengan sikap yang ditunjukan oleh mereka yang hanya semata-mata mementingkan kedudukan dan jawatan dalam perjuangan.

Suatu ketika dahulu ketika masih berjawatan didalam UMNO dan kerajaan Barisan Nasional, Muhyiddin diantara salah seorang indvidu yang lantang bersuara menentang segala dakhay jahat yang dibawa oleh Pakatan Rakyat (ketika itu).

Antara individu yang sering menjadi sasaran beliau ialah, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, Nik Aziz, Mat Sabu, Khalid Samad dan ramai lagi.

Tindakan ‘mencabut’ keanggotaan sebagai ahli parti yang dilakukan oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO terhadap pengkhianatan yang dilakukan oleh Muhyiddin dan Mukhriz adalah sesuatu tindakan yang amat tepat dan wajar lilakukan terhadap mereka.

Mana-mana parti politik didunia akan melakukan hal yang sama terhadap anggotanya sekiranya mereka melakukan kesalahan yang amat serius apabila menzahirkan pengkhianatan terhadap perlembagaan parti yang telah lama termaktub didalam perlembagaan.

Advertisements