Nik Abduh Ingatkan Muhyiddin, PAS Adalah Pilihan Kedua Rakyat Malaysia Selepas UMNO

nik-abduh-600x376

SHAH ALAM, 7 Okt – Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dan juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz melalui satu kenyataan di facebook mengingat kan Muhyiddin agar tidak menggunakan PAS untuk kepentingan politik peribadi beliau. 

Dalam kenyataan yang sama beliau turut berkata tindakan tersebut tidak akan berjaya dan semua pihak perlu menghormati parti itu sebagai pilihan kedua rakyat Malaysia selepas UMNO.

Kenyataan tersebut dibuat ekoran satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Muhyiddn dengan mendakwa beliau berasa amat yakin untuk menyelesaikan kemelut yang melanda pembangkang ketika ini sebelum pilihan raya umum akan datang.

Dalam kenyataan tersebut juga, Nik Abduh turut mengingat kan Muhyiddin dan rakan sekutu beliau bahawa PAS membina tangga untuk rakyat sampai ke Putrajaya, bukan menjadi anak tangga kepada parti-parti lain.

Pihak yang berusaha mengajak PAS menukar langkah ini adalah sama seperti tindakan buruk bekas pemimpin PAS dulu (PAN hari ini) menyeru PAS mengubah halatujunya. Sia-sia.

Nik Abduh turut mengingatkan Muhyiddin selepas UMNO, PAS adalah pilihan utama rakyat. Kenali dan akui ini sebelum berurusan dengannya. Ahli dan penyokong PAS adalah amanah yang mesti dijaga oleh seluruh pemimpin PAS.

Advertisements