BN Johor Masih Dalam Keadaan Selesa Sebagai Pemerintah Walau Pun ADUN Jorak Keluar Parti – Khaled Nordin

datuk-dr-shahruddin-md-salleh

SHAH ALAM, 8 Okt – Kerajaan BN negeri Johor tidak merasa gusar apabila kehilangan majoriti dua per tiga yang telah di menanginya pada pilihan raya umum yang lalu berikutan tindakan ADUN Jorak, Dr Shahruddin Salleh memilih jalan keluar daripada UMNO bagi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Berdasarkan kemenangan pada pilihan raya umum yang lalu, BN Johor dilihat masih lagi berada dalam keadaan selesa sebagai peneraju kerajaan negeri walau pun kehilangan satu kerusi DUN yang di tandinginya pada pilihan raya umum yang lepas.

Pengerusi Perhubungan UMNO Johor yang juga Menteri Besar, Dato Seri Haji Mohamed Khalid Nordin ketika di minta membuat sedikit ulasan berkaitan hal tersebut berkata, “BN Johor menganggapnya sebagai realiti politik semasa dan tidak bermakna parti pemerintah menjadi lemah.”

“Kita (kerajaan BN Johor) tidak dalam keadaan lemah kerana kita ada majoriti yang besar, majoriti selesa dan bukan semata-mata nombor, apa yang penting kepada kita fokus dan laksana kerja dengan berkesan dan baik,”

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas sebuah acara di Pasir Gudang kelmarin.