Dr Mahathir ‘Pembuli Politik’ Paling Berjaya Dalam Sejarah Politik Di Malaysia

tun_m_7_001

SHAH ALAM, 9 Okt – Kerana ingin terus berkuasa dan ingin melihat anaknya Mukhriz Mahathir meneruskan legasi keluarga nya menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir akan melakukan apa sahaja untuk menumbangkan mereka yang tidak sehaluan dengan beliau.

Perkara ini bukan lah sesuatu yang baru dilakukan oleh mantan Perdana Menteri itu kerana sejarah telah banyak membuktikan pembabitan beliau didalam menjatuh kan mana-mana pemimpin dikalangan UMNO/BN sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman lagi.

Dr. Mahathir merupakan seorang pakar didalam menjatuhkan dan menaikan mana-mana individu yang beliau inginkan berdasarkan pengalaman yang telah beliau miliki sejak menyertai parti politik sejak tahun 1945 lagi.

Sikap beliau yang terlalu angkuh itu menyebabkan beliau dilihat sebagai seorang ‘Pembuli Politik’ atau ‘Kaki Gaduh’ yang amat berjaya ketika ini berdasarkan apa yang telah beliau lakukan terhadap bekas Perdana Menteri terdahulu sehingga lah kini.

Untuk rekod, Dr. Mahathir pernah di pecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman.

Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku Abdul Rahman. Pada 26 September 1969, Dr Mahathir dipecat keahliannya dalam UMNO.

Semasa di luar parti, Dr Mahathir mengarang buku “Dilema Melayu” (The Malay Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya.

Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973.

Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya umum pada tahun 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak.

Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya.

Tidak lama selepas itu Dr Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya.

Pada 10 Julai 1981, Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober 2003, Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai penggantinya.

Krisis Perlembagaan

Pada tahun 1983 dan 1991, Dr. Mahathir berdepan dengan pihak Raja dan Sultan dengan membuang kuasa veto Raja dan imuniti mereka dari dihukum.

Sebelum pindaan ini, setiap Bil yang akan menjadi undang-undang dikehendaki mendapat persetujuan Agung. Dengan pindaan tersebut, bil yang diluluskan oleh Parlimen akan menjadi undang-undang selepas 30 hari tanpa mendapat persetujuan Agung.

Bagaimanapun, perkara ini hanya untuk undang-undang sekular dan Sultan masih berkuasa dalam undang-undang Islam yang berada di bawah bidang kuasa mereka.

Angkuh

Sikap angkuh ‘Pembuli Politik’ seperti Dr. Mahathir tidak pernah berkurangan apabila beliau kembali ‘membuli’  Perdana Menteri ke enam disebabkan tidak mengikut selera dan kehendak serta acuan yang ditetapkan oleh beliau sepertimana sewaktu beliau menjadi ‘orang penting’ suatu ketika dahulu.

Berbekal kan pengalaman yang dimiliki selama 71 tahun bergelumang dalam kancah politik tanah air, Dr. Mahathir dilihat sebagai seorang ‘pembuli politik’ yang berjaya.

Kejayaan luar biasa beliau di dalam mempengaruhi mana-mana individu dan kumpulan menyebabkan beliau merasa kan diri beliau terlalu berkuasa dalam menentukan hala tuju pentadbiran kerajaan walau pun telah mengum kan untuk bersara dalam politik suatu ketika dahulu.

Dr. Mahathir adalah individu yang takut untuk gagal, maka disebab kan itu beliau kini telah beralih arah bersekongkol dengan pembangkang apabila sebahagian besar ahli UMNO bertindak menolak cara beliau berpolitik sejak 71 tahun yang lalu dengan mengamalkan dasar ‘Pembuli’ yang diamal kan oleh beliau sejak sekian lama.

Dalam sepanjang tempoh beliau bergelumang dalam dunia politik, Dr. Mahathir dilihat sering mengeluarkan kenyataan yang dilihat sebagai ‘Cakap Tak Serupa Bikin’ . Sebagai contoh, pada tanggal 1 Jun 2015 melalui artikel yang di keluarkan oleh Sinar Harian bertajuk ‘Kalau Saya Najib, Saya Buang Orang Tak Sokong Saya’

Selepas Majlis Tertinggi UMNO mengambil keputusan memecat Muhyiddin Yassin dan anaknya Mukhriz Mahathir sebagai anggota parti disebabkan membuat serangan terhadap UMNO di atas pentas pembangkang, Dr. Mahathir telah mula menunjung kan ‘belang’ sebenar beliau iaitu ‘Cakap Tak Serupa Bikin’. Itu lah kehebatan si ‘Pembuli Politik’.