Polis Siasat Dakwaan Campur Tangan George Soros Dalam Pilihanraya Umum

khalid-abu-bakar

SUBANG JAYA, 3 Nov – Polis menubuhkan sebuah pasukan petugas khas untuk menyiasat dakwaan jutawan George Soros campur tangan dalam pilihan raya umum (PRU) dengan membiayai kumpulan masyarakat sivil dan sebuah portal berita.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Timbalan Pengarah (Risikan dan Operasi) JSJ Bukit Aman Datuk Zainuddin Ahmad akan menerajui pasukan yang diketuai lima anggota itu.

“Pasukan petugas itu kini sedang menyiasat laporan di internet dan daripada pengadu. Apabila kami telah selesai melakukan siasatan, kami akan memanggi individu tersebut untuk direkodkan keterangannya,” kata Khalid.

Beliau berkata polis telah mengenal pasti beberapa individu untuk disoal siasat.

Open Society Foundation (OSF) dilaporkan telah menaja beberapa organisasi tempatan menerusi programnya yang didakwa kononnya untuk mempengaruhi keputusan PRU.