Suri Rumah Tulis Perkataan ‘Babi’ Pada Kertas Saman Didenda RM100

JOHOR BARU, 15 Dis – Suri rumah berusia 53 tahun yang menulis perkataan ‘babi’ pada kertas saman trafik didenda RM100 di Mahkamah Majistret di sini.

Tan Yeoh Foong mengaku bersalah melakukan perbuatan itu itu apabila pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias pada Khamis.

Yeoh Foong didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100.

Dia melakukan kesalahan itu di Jalan Tun Abdul Razak kira-kira pukul 8.55 malam pada 13 Disember.

Tertuduh diwakili peguam Chuah Shyue Chien.

Dilaporkan bahawa wanita itu ditahan selepas menulis ‘babi’ pada kertas saman polis yang telah dikeluarkan kepadanya.

Dia sebelum ini telah mengingkari peraturan lalu lintas apabila menghalang laluan trafik.

Advertisements