Kabar Angin BMW Akan Jadi Kereta Rasmi PDRM Tidak Benar

PETALING JAYA, 24 Feb – Tidak benar khabar angin bahawa Polis Di Raja Malaysia akan menggunakan kereta BMW sebagai kereta rasmi, seperti yang menjadi tular di aplikasi WhatsApp.

Penafian itu dibuat Ketua Kumpulan BMW Malaysia, Ketua Komunikasi Korporat BMW Malaysia, Sashi Ambi.

Menurutnya, gambar sebuah BMW tertulis ‘POLIS” adalah kenderaan rasmi yang ditaja syarikatnya untuk program Le Tour de Langkawi.

“Kereta-kereta itu sedang dipersiapkan untuk program Le Tour de Langkawi.

“Kereta-kereta itu adalah sebahagian daripada 200 kenderaan tajaan syarikat kami. Selepas program itu selesai, kereta-kereta itu akan digunakan untuk program-program lain di seluruh Malaysia,” katanya menjawab penularan sekeping gambar dalam aplikasi WhatsApp.

Penularan gambar itu menyaksikan komen pelayar internet, malah ada yang mempersoalkan bagaimana BMW boleh mendapat peluang sebegitu daripada Polis di-Raja Malaysia (PDRM).

Untuk rekod, BMW adalah rakan automotif rasmi bagi edisi Le Tour de Langkawi untuk tahun ini.

Advertisements