Duta Korea Utara Diminta Tinggalkan Malaysia Dalam Tempoh 48 Jam

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Duta Korea Utara Kang Chol diistiharkan sebagai ‘persona non grata’ dan telah diminta untuk meninggalkan negara ini dalam tempoh 48 jam.

Kang Chol, yang telah dipanggil ke Wisma Putra pada pukul 6 petang Sabtu, gagal hadir di kementerian, Putrajaya.

Kementerian Luar telah menghantar nota diplomatik kepada kedutaan itu di Jalan Datai, Bukit Damansara untuk memaklumkan perkara tersebut.

Kerajaan Malaysia menuntut permohonan maaf secara bertulis dari Korea Utara di atas tuduhan yang dibuat oleh duta itu berkaitan pembunuhan Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada 13 Februari lalu.

Kerajaan Malaysia mengambil tindakan ini ketika ketegangan diplomatik memuncak antara oleh kedua-dua negara berikut pembunuhan itu.

Advertisements