Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (SOSMA) Diluluskan Di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 5 April – Dewan Rakyat malam tadi meluluskan ketetapan supaya Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dikuatkuasakan bagi menahan individu disyaki terbabit dalam aktiviti mengancam keselamatan negara selama 28 hari, tanpa dihadapkan mahkamah.

Usul itu diluluskan menerusi proses undi belah bahagi dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika mengumumkan keputusan itu berkata, sebanyak 77 undi menentang dan seramai 93 Ahli Parlimen menyokong.

Usul itu dikemukakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Dengan kelulusan itu, akta berkenaan akan berkuat kuasa bagi tempoh lima tahun lagi, mulai 31 Julai ini.

Advertisements