Ketua Pemuda PKR Ampang Ditahan SPRM

Adam-Rosly-jamal-yunos_banglo

PUTRAJAYA, 14 April – Pemimpin muda PKR Ampang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Reasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes kekayaan “luar biasa”.

Datuk Adam Rosly ditahan di pejabat suruhanjaya itu di sini tidak lama selepas hadir untuk memberi keterangan bagi kali kedua, lapor Star Online.

“Beliau dilihat di lobi ibu pejabat kami dengan tangan bergari pada jam 4.10 petang untuk dibawa ke lokasi lain,” kata sumber SPRM kepada akhbar itu.

Sumber itu memberitahu pemimpin kontroversi itu dijangka ditahan reman esok.

Adam, 28, disiasat bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram.

Advertisements