Benarkah Jawatan Dan Wang Ditaruhkan Untuk Kakalkan Naib Presiden PAS Dalam Muktamar Akan Datang?

KEMELUT kepimpinan dan jangka hayat Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor dan Pakatan Harapan sebagai parti yang menjadi Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya sudah sampai ke kemuncaknya.

Kedegilan PAS Pusat dan desakan daripada Dewan Pemuda PAS Selangor beberapa hari lepas agar memutuskan hubungan dengan PKR memberi mimpi ngeri buat PKR pada PRU-14 akan datang.

Di sebalik cakap besar, sombong dan angkuh PKR kononnya mereka tidak lagi memerlukan PAS, rata-rata pemerhati politik menyifatkan cakap-cakap besar tersebut tidak ubah seperti menggali kubur untuk diri sendiri.

Ini kerana PKR tidak pernah dan tidak mampu untuk berdiri dengan sendiri. Dari mula PKR ditubuhkan pada tahun 1999, PAS adalah sandaran utama PKR untuk mendapatkan sokongan dan bantuan dalam pelbagai bentuk. 

Modal PKR menggunakan populariti Anwar Ibrahim tidak akan ke mana-mana sekiranya PAS tidak membantu menjayakannya. 

Manakala DAP pula hanya muncul selepas PAS bersusah payah membantu PKR untuk menguasai beberapa kerusi Parlimen dan DUN termasuklah mengorbankan kerusi-kerusi yang mereka tandingi secara tradisi.

Celupar mulut Azmin Ali yang berasa tercabar apabila Nik Abduh mengatakan PAS akan merampas Selangor dan memerintah negeri itu, membuatkan hubungan PAS dengan PKR menjadi semakin bertambah renggang. 

Walaupun Azmin Ali tersedar daripada keceluparannya itu, tindakan Rafizi Ramli yang terus membiakkan permusuhan antara PKR dengan PAS, membuatkan Azmin Ali tidak senang duduk.

Tanda-tanda PAS Selangor akan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR Selangor dan PKR Pusat secara keseluruhannya semakin jelas.

Sumber-sumber dari dalam PAS yang enggan namanya disiarkan telah menyatakan kempen untuk mengekalkan Iskandar Samad sebagai Naib Presiden PAS dalam muktamar akan datang semakin giat dijalankan oleh PKR Selangor. 

Untuk itu, dikhabarkan sejumlah wang sebanyak RM500,000 telah disediakan oleh pihak terbabit bagi membiayai gerakan mengekalkan Iskandar Samad sebagai Naib Presiden PAS.

Sebabnya, PKR dan DAP melihat Iskandar Samad sebagai medium yang paling mudah dan berkesan untuk menentang USUL MEMUTUSKAN TAHALUF SIYASI antara PAS dan PKR. 

Jawatan dan wang dijadikan sebagai imbalan dan tukaran sekiranya jawatan Naib Presiden berjaya dipertahankan oleh Iskandar Samad. Peruntukan berkenaan akan ditambah pada saat-saat akhir pemilihan dalam muktamar PAS nanti.

Agen-agen terbabit digunakan bagi melaksanakan gerakan tersebut terdiri daripada bekas atau ahli-ahli dan pimpinan PAS yang pro kepada PKR-DAP. 

Turut digunakan adalah mereka di dalam PAS yang mempunyai kepentingan material dengan PKR dan DAP termasuklah yang menjawat jawatan Ahli-Ahli Majlis PBT selain kontraktor-kontraktor PAS yang mendapat kontrak daripada PBT-PBT.

Agen-agen tersebut sudah pun memulakan gerak kerja mereka terutama di seluruh Selangor untuk berkempen mengekalkan jawatan Naib Presiden Iskandar Samad. 

Alasan yang mereka berikan ialah, salah seorang saingan Iskandar iaitu Nasruddin Hassan Tantawi masih muda dan baru di dalam PAS. Lagipun Nasruddin mempunyai banyak lagi peluang pada masa hadapan.

Turut dijanjikan adalah jawatan-jawatan dalam Kerajaan Negeri kepada PAS Selangor sekiranya Pakatan Harapan (PKR-DAP-PPBM-PAN) masih berkuasa.

Bagi memastikan perwakilan sasaran dari seluruh Malaysia dan Selangor khususnya memastikan Iskandar Samad mengekalkan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan muktamar nanti, tajaan berupa penginapan, makan minum dan wang saku akan diberikan.

Iskandar Samad mungkin tidak tahu akan hal ini. Atau barangkali juga sudah maklum tetapi kerana sebab-sebab tertentu, maka dia memilih untuk mendiamkan diri. 

Apatah lagi minggu lepas, dia turut mengeluarkan kenyataan yang PAS Selangor tidak akan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR walaupun menerima asakan dan desakan daripada PAS sendiri.

Advertisements