Buku ‘Becoming Hannah’ Ceritakan Hasrat DAP Mahu Malaysia Diperintah Ikut Ajaran Kristian

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor merangkap ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh dari parti DAP menerusi bukunya ‘Becoming Hannah’ mendedahkan bahawa DAP bukanlah pejuang negara sekular yang bebas dari pengaruh agama.

Penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, DAP adalah sebuah parti hipokrit kerana berdakwah dan memperjuangkan pentadbiran negara mengikut haluan agama Kristian tetapi pada masa sama mendesak agar PAS dan UMNO tidak mencampuri isu politik dengan agama Islam.

“Sedarkah kita bahawa tatkala DAP melaung-laungkan supaya urusan politik dipisahkan daripada urusan agama, pemimpin DAP sendiri sebenarnya sangat giat mencampurkan urusan politik dengan urusan agama?

“Dan sebuah buku tulisan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Haya, Hannah Yeoh, bertajuk “Becoming Hannah” (“Menjadi Hannah”) adalah salah satu bukti nyata mengenainya,” katanya dipetik satu kenyataan.

Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata, DAP mendakwa Malaysia adalah sebuah negara sekular dan perlu kekal dengan pentadbiran sekular.

Justeru DAP kata Dr Kamarul Zaman, mahu semua pihak yang mencampuri urusan agama dengan politik ditentang secara habis-habisan.

“Didalam buku ini, Hannah Yeoh secara terbuka mengakui bagaimana penglibatan beliau di dalam bidang politik dibantu oleh pihak Kristian, baik dari segi dana mahupun kempen, bagaimana beliau menggunakan kedudukan politik beliau untuk berdakwah mengenai agama Kristian dan sebagainya.

“Lebih dari itu, beliau juga menyeru ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut khususnya dan penganut agama Kristian umumnya untuk mengikut jejak langkah beliau menceburkan diri dalam bidang politik untuk membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian,” katanya.

Dr Kamarul Zaman dalam pada itu turut melampirkan beberapa petikan didalam buku pemimpin DAP itu bahawa parti terajuk Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng itu sebenarnya bukanlah pejuang sekular, tetapi penentang agama Islam.

Muka Surat 23

Muka Surat 89

Muka Surat 108

Muka Surat 110

Kenyataan oleh Hannah ini kata Dr Kamarul Zaman, bukti bahawa prinsip sekularisme dalam perjuangan politik DAP adalah satu hipokrasi semata-mata.

“Sebaliknya, gambaran yang diberikan melalui buku ini adalah bahawa, bagi DAP, pemisahan urusan politik daripada urusan agama ini hanya perlu dibuat jika urusan agama Islam, tetapi jika urusan agama ini adalah urusan agama lain seperti Kristian tidak mengapa,” ujarnya.

Tambahnya, buku berkenaan bukan sahaja disokong oleh felo paderi Kristian dalam dan luar negara, tetapi juga ahli parlimen pembangkang dari parti DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN).

“Buku bukan sahaja ini diendorse (disokong) oleh Senior Pastor, DUMC, Petaling Jaya, Dr Daniel Ho; Senior Pastor, Skyline SIB, Kota Kinabalu, Dr Philip Lyn, dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, tetapi yang turut diendorse juga oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib,” katanya lagi.

Sumber: Malaysian Digest

Advertisements