Tragedi Tahfiz: Tujuh Ditahan, Sidang Media Tergempar Malam Ini

tahfizz

KUALA LUMPUR, 16 Sept – Polis menahan tujuh remaja lelaki bagi membantu siasatan kes Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, di sini, yang terbakar pada Khamis lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

“Ya, saya sahkan kesemua penangkapan berkenaan,” katanya ringkas.

Amar Singh berkata maklumat lanjut mengenai penahanan itu akan dibuat pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, dijadualkan pada 11 pagi esok kemudiannya ditukar malam ini.

Penahanan mereka, yang berumur dalam lingkungan 12 hingga 18 tahun, dipercayai untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya akan menyiasat setiap aspek termasuk unsur khianat bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Maklumat mengenai penahanan tujuh remaja lelaki itu tular di laman sosial hari ini.

Tragedi ngeri kebakaran pada 5.15 pagi Khamis lepas meragut nyawa 21 pelajar dan dua warden, yang juga guru di pusat tahfiz berkenaan. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.