Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Desak SPRM Siasast Azmin Ali

chegubard

SHAH ALAM, 27 Sept – Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin hari ini tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendesak satu siasatan berhubung penjualan sebidang tanah di Ijok yang bernilai kira-kira RM1.18 bilion.

Beliau yang dikenali sebagai Chegubard mendakwa, ia ekoran wujud beberapa elemen ‘mencurigakan’ memandangkan tanah berkenaan sebelum ini terlibat dengan proses perundangan apabila kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merampasnya daripada dua buah syarikat iaitu Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd kerana kegagalan membangunkan tanah tersebut.

Dakwa beliau lagi, namun tanah berkenaan dipulangkan kembali kepada dua syarikat tersebut apabila Datuk Seri Azmin Ali mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor.

“Syarikat yang memiliki tanah ketika itu telah membawa kes ini kepada dua peringkat mahkamah iaiti Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Kedua-dua mahkamah membuat keputusan mempertahankan tindakan kerajaan negeri menarik tanah tersebut.

“Tetapi syarikat terus membawa (kes) tanah itu ke Mahkamah Persekutuan. Ketika di Mahkamah Persekutuan, menteri besar bertukar tangan iaitu daripada Tan Sri Khalid kepada Datuk Seri Azmin Ali.

“Tiba-tiba (kes) tanah tersebut diselesaikan secara luar mahkamah di mana tanah tersebut diberi hak kepada syarikat berkenaan semula, dan dijual dengan harga yang jauh lebih tinggi kepada sebuah syarikat lain untuk dimajukan. Ini nampak sangat-sangat tidak kena,” katanya kepada pemberita di hadapan pejabat SPRM di sini sebentar tadi.

Chegubard turut membawa dokumen yang menyatakan butiran secara jelas sebagai menyokong dakwaannya itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.