SPRM Sedia Bantu Saring Calon Politik Tanding PRU14

Datuk-Dzulkifli-Ahmad_sprm_600

PADANG BESAR, 27 Sept – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempelawa parti-parti politik yang bercadang untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) supaya menyerahkan senarai nama bakal calon kepada suruhanjaya itu untuk disaring.

Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, walaupun tiada undang-undang atau paksaan untuk parti-parti politik berbuat demikian, tetapi saringan dibuat bagi memastikan bakal-bakal calon bersih khususnya dari aspek rasuah dan salahguna kuasa.

“SPRM bersikap terbuka dalam hal ini dan terserah kepada parti-parti politik berkenaan,” katanya pada sidang media sempena program ‘Kembara Jelajah Anti-Rasuah 2017’ (KEJAR ‘17) peringkat negeri Perlis di Kampung Panggas, Padang Besar, hari ini.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man yang turut hadir kemudian melepaskan Konvoi KEJAR ‘17 yang disertai 44 motosikal berkuasa tinggi dan dua bas membawa pegawai-pegawai kanan SPRM dalam siri jelajah tersebut yang bermula 18 September lepas dan tamat di Putrajaya pada 1 Oktober ini.

Menurut Dzulkifli, hanya Barisan Nasional (BN) yang selalu menghantar nama-nama pemimpin dan bakal-bakal calonnya untuk disaring oleh SPRM manakala parti-parti pembangkang tidak pernah melakukannya.

Beliau memberi jaminan hasil setiap saringan dirahsiakan dan terserah kepada parti-parti politik untuk mengambil tindakan lanjut setelah menerima keputusannya.

“Saya ingin menasihatkan parti-parti politik yang ingin bertanding dalam PRU14 supaya setiap bakal calon mereka disaring kerana rakyat akan menilai integriti mereka,” katanya.

Dzulkifli berkata pihaknya mampu membuat semakan dan saringan terhadap semua ahli politik walaupun diminta oleh semua parti politik kerana data mereka berada dalam simpanan agensi itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.