PPBM Dominan Dalam PH Hanya ‘Mimpi’ Di Siang Hari

Kamarulzaman-Habibur-Rahman_ppbm_600

PORT DICKSON, 5 Okt – Jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memasang impian untuk menjadi dominan dalam Pakatan Harapan (PH) sebagaimana peranan Umno dalam Barisan Nasional (BN), ia hanyalah ‘bermimpi di siang hari’.

Pengasas yang juga bekas ahli parti itu, Kamarulazman Habibur Rahman berkata, ini kerana parti yang baru berusia setahun itu tidak mungkin akan diberi agihan kerusi yang banyak berbanding parti komponen PH lain yang jauh lebih ‘senior’.

“Paling banyak kerusi yang boleh dimenangi PPBM ialah 15 sahaja. Itupun kalau boleh menang 15 sebab kita kena faham bahawa mereka akan bertanding di kawasan yang dimonopoli Umno. Bukan mudah menewaskan Umno di lubuk Umno sendiri,” katanya ketika ditemubual baru-baru ini.

Kamarulazman malah berpandangan, kerusi yang dimenangi PPBM pada PRU14 kelak, akan menjadi bahan tawar-menawar sekiranya berlaku ‘kerajaan tergantung’, situasi di mana tiada pihak mendapat kemenangan mutlak.

Ujarnya, tidak mustahil ‘tawar-menawar’ itu berlaku bagi membolehkan ‘anak emas’ PPBM mendapat jawatan penting dalam kerajaan yang dibentuk nanti.

“Tafsiran saya secara peribadi ialah apabila PPBM akan menawarkan 15 kerusi ini kepada gagasan yang akan membentuk kerajaan jika berlakunya ‘kerajaan tergantung’.

“Jika tiada pemenang mutlak dalam PRU14 nanti, saya nampak bahawa kerusi PPBM ini akan disandarkan sebagai bahan tawar-menawar untuk seseorang menjadi timbalan perdana menteri.

“Dan pada ketika itu perjuangan PPBM dihumban jauh entah ke mana,” katanya sambil mengulangi bahawa parti teraju Tun Dr Mahathir Mohamad itu bukan berasaskan perjuangan tulen sebaliknya hanya perjuangan peribadi.

TIDAK BERMINAT SERTAI PARTI LAIN 

Kamarulazman merupakan salah seorang individu penting dalam penubuhan PPBM, namun mengambil keputusan untuk keluar parti pada April lalu selepas kecewa dengan amalan kronisme dan pilih kasih dalam parti tersebut.

Beliau juga mengumumkan peletakan kesemua jawatannya dalam parti, termasuk sebagai ahli majlis pemimpin tertinggi PPBM dan Setiausaha Kerja PPBM pusat.

Sebilangan ahli dan pemimpin peringkat negeri mengikut jejak langkah beliau, namun paling mengejutkan adalah apabila dua orang pemimpin kanan parti turut berbuat demikian baru-baru ini, iaitu Anina Saadudin dan Datuk Hamidah Osman.

Anina merupakan salah seorang pengasas yang juga merangkap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, manakala Hamidah pula Naib Presiden. Kedua-duanya mengumumkan keluar parti pada 16 September lalu.

Hampir enam bulan meninggalkan PPBM, ramai menjangka beliau akan menyertai mana-mana wadah politik untuk meneruskan perjuangannya, malah tidak kurang membuat jangkaan beliau akan kembali ke pangkuan Umno.

Bagaimanapun tegas Kamarulazman, isu beliau menyertai bekas parti asalnya itu tidak berbangkit.

“Saya berpandangan lebih baik saya tidak mempunyai wadah politik baru tapi saya mempunyai masa dan peluang untuk bercakap kepada rakyat Malaysia dan bangsa Melayu tentang apa sebenarnya yang kita mahu, dan apa kemudaratan yang dibawa oleh PPBM kepada generasi akan datang dan sebagainya.

“Untuk menyatakan itu, adalah lebih baik saya tidak mempunyai parti politik pada ketika ini kerana rasanya bercakap atas landasan neutral itu adalah jauh lebih baik daripada menyertai mana-mana parti politik,”ujarnya.

“Saya perlu berada di satu landasan yang betul walaupun tanpa jawatan untuk memperjuangkan supaya anak bangsa terbela, negara ini selamat dan cemerlang. Jadi tawaran-tawaran ini terpaksa saya tolak secara baik,”kata beliau lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.